pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jumlah "Mangsa Banjir" Di Seluruh Negeri Pahang Kembali Meningkat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang kembali meningkat kepada 5,595 orang daripada 1,503 keluar...
KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang kembali meningkat kepada 5,595 orang daripada 1,503 keluarga berbanding 5,460 orang daripada 1,454 keluarga malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata daerah Temerloh masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,202 orang daripada 556 keluarga.
Ini diikuti Pekan dengan 1,108 mangsa daripada 292 keluarga, Maran 928 orang (270 keluarga), Bera 782 orang (184 keluarga), Jerantut 403 orang (156 keluarga), Lipis 90 orang (24 keluarga) dan Rompin 82 orang (21 keluarga).
“Sebanyak 80 pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu 25 di Temerloh, Maran (18), Pekan (17), Bera (14) manakala Jerantut, Lipis dan Rompin masing-masing dua pusat pemindahan” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top