pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azmin Ali: Manifesto PPBM Selaras 'Gagasan Reformasi', PKR Dan PH !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Manifesto yang dibentangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun D...

SHAH ALAM: Manifesto yang dibentangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat senada dengan gagasan reformasi yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Harapan (PAKATAN).
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, yakin persamaan dasar itu akan melicinkan lagi kerjasama antara PAKATAN dan PPBM.
“Manifesto Tan Sri (Muhyiddin Yassin), ada sebut dia akan bincang dengan PAKATAN dan sebahagian besar apa yang disebut itu memang sudah menjadi dasar KEADILAN contohnya menghadkan kuasa eksekutif seorang bergelar Perdana Menteri dan juga meletakkan Jabatan Audit terus kepada Parlimen.
“Ini sebahagian dasar yang wujud dalam Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan,” kata beliau yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor ketika menghadiri Majlis Pelancaran PPBM di Stadium Tertutup Malawati, di sini, semalam.

Katanya, kehadiran gabungan pembangkang jika diberi peluang menerajui Putrajaya bukan sekadar menutup kelemahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya melakukan reformasi dengan menyeluruh melalui dasar dipersetujui bersama.
Sebelum itu, Dr Mahathir dan Muhyiddin dalam ucapan masing-masing membentangkan manifesto PPBM untuk dibincangkan dengan PAKATAN bagi menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Antaranya, menghadkan kuasa Perdana Menteri, meletakkan Jabatan Audit di bawah Parlimen, melarang BR1M dijadikan manifesto pilihan raya dan diuruskan penjawat awam secara telus, memberi kebebasan kepada media selagi tidak mengancam keharmonian masyarakat, menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan langkah pemulihan ringgit. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top