pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bapa Rayu "Bantuan Kewangan" Bantu Anak Sambung Belajar Di UK !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Seorang pesara kerajaan, Ishak Musa, 57, merayu  pihak tertentu terutamanya rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu seles...

KUANTAN: Seorang pesara kerajaan, Ishak Musa, 57, merayu  pihak tertentu terutamanya rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu selesaikan masalah pembelajaran anak beliau yang tertangguh gara-gara masalah kewangan.

Anak lelaki beliau, Muhammad Faisal Ishak, 23, pemegang Diploma Of Engineering Technology In Avionics Mantainance dari Universiti Kuala Lumpur sepatutnya telah menyambung pelajaran ke peringkat Bsc (Hons) Aircraft Mantainance Engineering di University Of South Wales, United Kingdom pada 19 September 2016 yang lalu.



Namun dek kerana masalah kewangan, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan. Beliau sepatutnya mengikuti kursus tersebut selama tiga tahun di universiti terbabit. Malah, Faisal sepatutnya layak mendapat The European Aviaton Safety Agency (EASA) Part 66, License B2 yang diluluskan oleh Civil Aviation Authority (CAA) yang diikhtiraf seluruh dunia.  Selain daripada itu, dia juga layak mendapat 2,400 jam "basic air mantainance training by British Airways.



Menurut Ishak, anaknya memerlukan kos pembiayaan sebanyak RM486,536.20 sepanjang tempoh kursus terbabit (tiga tahun). Jumlah itu agak besar dan beliau tidak mampu menyediakannya. Justeru, dia merayu sokongan kewangan daripada orang perseorangan, agensi korporat, kerajaan dan orang ramai untuk membantunya.



"Saya pernah cuba dapatkan bantuan kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), namun gagal kerana dimaklumkan pihak terbabit tidak mempunyai dana untuk membiayai kos pembelajaran anaknya ke luar negara", kata Ishak.



"Saya juga telah cuba mendapatkan bantuan pinjaman daripada Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang. Namun, jawapannya tetap sama iaitu agensi terbabit tidak berupaya membantu anaknya. Sedangkan anak saya orang Pahang dan telah mendapat keputusan cemerlang (CGPA 3.56) peringkat diploma semasa di UniKL", katanya lagi. 



Difahamkan, dengan menamatkan kursus tersebut anaknya layak berkerja di mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa dengan gaji hampir mencecah RM200,000 sebulan. Ini bermakna, anaknya sangat berkemampuan untuk membayar balik pinjaman yang ditawarkan dan boleh menjadi aset berharga kepada kerajaan.



"Saya merayu kepada mana-mana pihak yang prihatin dengan pendidikan, untuk tampil membantu bagi panggilan seterusnya sessi September 2017 ini. Peluang yang ada jika dilepaskan amat merugikan. Tambahan pula beliau (Faisal) terpilih secara merit untuk panggilan kemasukan sessi September 2016, melalui ID Number 20160513369093 (University Of South Wales). Malah permohonan anak saya ke universiti terbabit turut bersaing dengan ribuan lagi pelajar dari seluruh dunia. Hanya tiga orang sahaja dari Malaysia yang layak termasuk anak saya", katanya lagi. 



Justeru kepada mana-mana pihak yang sudi tampil untuk membantu boleh hubungi Ishak Musa ditalian 012-9394028. Beliau sedang berusaha untuk mengumpulkan dana bagi merealisasikan impian anaknya itu melalui berbagai cara selepas ini. Malah beliau amat berharap sokongan rakyat Malaysia untuk membantu usaha tersebut kerana "hanya pendidikan sahaja yang boleh mengubah tamadun manusia". #PDONEWS

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Sunday, January 15, 2017 12:38:00 PM

Saya rasa simpati dengan adik md faisal yg tidak dapat menyambung pelajaran di UK disebabkan kegagalan mendapat pinjaman dengan pihak kerajaan dan badan berkanun. Walaupun keadaan ekonomi sekarang teruk takkan pihak kerajaan langsung tidak ada dana untuk anak bangsa melayu yang mendapat keputusan yang baik (cgpa 3.56) untuk mereka ini menyambung pelajaran. Kerajaan n badan berkanun banyak menukarkan pinjaman kepada biasiswa setelah pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang tetapi saya rasa pelajar2 ini sepatut membayar seoaruh daripada pinjaman & bukannya kesemua ditukar kepada biasiswa. Kerajaan selalu mengeluarkan dana khas spt baru2 ini untuk mangsa banjir. Kesianlah md fausal ini nak pinjam bukannya nak biasiswa, ke hulu hilir bapanya pergi berjumpa dengan orang atasan (mungkin x berjaya berjumpa dengan Dato Seri Najib) untuk membuat rayuan malangnya gagal. Apa gunanya cakap RAKYAT DI DAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAKAN. Saya rasa kalau en ishak ni orang penting dalam parti ..... Sudah tentu x ada masaalah. Terjerti diatas pentas MALAYSIA BOLEH, nak tanya pemimpin atasan di Pahang dan kerajaan pusat BOLEH TOLONG TAK MD FAISAL??. Nanti bila nak PRU 14 baru nak tolong. Beginilah sikap setengah pemimpin atasan. Kita orang islam ni berdoa je lah, assalam mualaikum.

 
Top