Bas Rempuh Lima Kereta Di Lebuh Raya Persekutuan, 'Tiada Cedera' !


PETALING JAYA: Sebuah bas merempuh lima buah kereta dalam keadaan lalu lintas sesak di Lebuhraya Persekutuan.
Dalam kejadian pukul 4.45 petang Ahad, seorang pemandu bas Rapid KL hilang kawalan di KM5.4 lebuh raya dan merempuh sebuah kereta di depannya.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata momentum bas itu telah menyebabkan berlakunya perlanggaran melibatkan lima kereta yang berada di hadapannya.

"Nasib baik tiada siapa yang cedera," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Polis sedang menyiasat punca kemalangan itu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]