pahangdaily pahangdaily Author
Title: Demi Kebajikan Peneroka? ANAK Pertikaikan Sebab Felda Jual Aset
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempersoalkan pengerusi baharu Fe...
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempersoalkan pengerusi baharu Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang agensi itu menjual asetnya demi menjaga kebajikan peneroka, sebaliknya berkata ia kerana Felda semakin tenat.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata Shahrir perlu menyenaraikan satu persatu kebajikan yang akan diberikan kepada peneroka.
“Jika Shahrir kata untuk kebajikan peneroka, tolong sebutkan contoh apa kebajikan peneroka yang nak dibuat melalui wang penjualan aset Felda,” katanya.
Felda sebelum ini mengumumkan akan mula menjual asetnya di dalam dan luar negara bagi menstabilkan kembali aliran tunainya di samping menjaga kebajikan peneroka.
Shahrir mengesahkan Felda menjual sebahagian kepentingannya dalam Maybank bagi mengumpul dana sehingga RM280 juta.
Selain saham Maybank, Felda juga sedang mempertimbangkan menjual bangunan hotel miliknya di London kerana tidak membawa pulangan yang memberangsangkan.
Sementara itu, Mazlan berkata beliau meragui penafian Shahrir berhubung Felda akan menjual pegangannya dalam Maybank untuk membeli 37% saham syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) daripada Rajawali Group.
Menurutnya, penjualan aset itu disebabkan mahu menyelamatkan Felda yang sudah tenat.
“Bila Shahrir menafikannya, ANAK mohon penjelasan dan dia (Shahrir) perlu isytihar adakah pembelian itu untuk menyelamatkan keadaan Felda waktu ini.
“Kita berpandangan Shahrir tidak perlu keluarkan kenyataan kontroversi kalau dia benar-benar serius mahu melakukan perubahan dalam Felda. Jika tidak, dia telah mengulangi kerja yang dibuat bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top