pahangdaily pahangdaily Author
Title: Demi Rakyat, Pakatan Harapan & Gagasan Sejahtera Wajib Bersatu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) digesa lupakan dulu sengketa menjelang Pilihanraya Umum Ke-...

KUANTAN: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) digesa lupakan dulu sengketa menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 ini, demi rakyat marhaen. Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli, 45, kepada PDO hari ini. 

Menurut Shukri, pembangkang tidak akan berupaya untuk mengambil alih tampuh pemerintahan pusat jika terus bertelagah sesama sendiri. 

"Saya melihat, demi rakyat mereka perlu kembali ke meja rundingan. Perpecahan akan membawa padah dan memberi laluan mudah kepada UMNO Barisan Nasional (BN) untuk terus kekalkan kuasa sebenarnya.

"Pada masa ini, ketepikan dulu perbezaan pandangan terutamanya mengenai perkara-perkara teknikal.. dan fikirkan soal rakyat. Apa guna bertanding tiga penjuru pada PRU14 untuk menunjukkan siapa lebih kuat", kata Shukri.


Beliau berkata demikian selepas melihat pembangkang kini berpecah kepada dua puak iaitu Pakatan Harapan (PKR-DAP-AMANAH-PPBM) dan Gagasan Sejahtera (PAS-IKATAN-BERJASA). Secara jelasnya dapat dilihat, kewujudan dua kumpulan pembangkang yang kuat ini akan memastikan kemenangan mutlak UMNO BN katanya.


"Sia-sia perjuangan rakyat selama ini, jika di saat impian sudah hampir tercapai.. tiba-tiba pertelagahan terjadi. PAS perlu mengikut jejak PKR yang akhirnya bersetuju untuk bersama dalam perjuangan dengan Tun Dr Mahathir (PPBM), walau pun mantan Perdana Menteri itulah yang telah menghumbankan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh. Ini relaiti, sampai bila mahu terus bertelagah apabila semua pihak membawa agenda yang sama", kata Shukri.

"Saya melihat Gagasan Sejahtera yang ditubuhkan oleh PAS bersama IKATAN dan BERJASA, tidak selaras dengan aspirasi rakyat untuk melihat perubahan dalam pentadbiran negara. Dalam politik, tidak perlu ada istilah berhemah dan sopan santun di saat rakyat melihat sendiri kebobrokan yang jelas berlaku di depan mata mereka. Maka itu, PAS  kena bersama Pakatan Harapan untuk membentuk Gagasan Rakyat bagi memenangi pilihanraya umum ke-14 dengan strategi satu lawan satu" tambah Shukri lagi. #PDONEWS

Advertisement

Post a Comment

 
Top