pahangdaily pahangdaily Author
Title: Asyraf Wajdi: RUU355, Maklumat Yang Tidak Tepat Punca Polemik
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JERANTUT: Sesetengah pemimpin politik yang menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bida...

JERANTUT: Sesetengah pemimpin politik yang menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 adalah mereka yang enggan menerima fakta sebenar dan lebih suka bercakap tanpa berlandaskan ilmu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, situasi itu turut mempengaruhi segelintir masyarakat bukan Islam apabila disalurkan dengan maklumat tidak tepat sehingga menimbulkan polemik politik.

"Kita meminda Akta 355 mengikut perkembangan semasa kerana kali terakhir ia dipinda pada 32 tahun dahulu. Pada ketika ini Akta 355 hanya menetapkan hukuman maksimun  penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM 5,000 dan enam sebatan.

"Sehubungan itu adalah wajar akta ini dipinda dengan dipertingkatkan hukuman bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah sekaligus memelihara kesucian akidah dan akhlak umat Islam yang kini berhadapan dengan pelbagai masalah sosial," katanya.

Beliau berjata demikian kepada pemberita selepas Majlis Memperkasakan Kesatuan Ummah, Dialog Akta 355 di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris.    

Beliau berkata orang bukan Islam tidak perlu risau dengan pindaan rang undang-undang itu kerana ia hanya khusus dan berkait dengan masyarakat Islam di negara ini.

"Tidak ada sebab mengapa orang bukan Islam perlu takut dengan pindaan Akta 355 kerana kerajaan bukan mengubah seluruh struktur undang-undang di negara ini.

Ia hanya melibatkan peningkatkan hukuman Mahkamah Syariah yang terbatas dalam lingkungan perlembangaan," tegasnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top