pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dua "Isteri Orang" Antara Yang Di Tahan Kerana "Bersekedudukan" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MELAKA:  Dua wanita yang berstatus isteri adalah antara 30 individu yang ditahan di tujuh buah...

MELAKA: Dua wanita yang berstatus isteri adalah antara 30 individu yang ditahan di tujuh buah hotel bajet dan empat rumah urut di sekitar Melaka Tengah awal pagi Isnin.
Wanita berkenaan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki bersekedudukan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 56 tahun itu ditahan kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak.
"Terdapat juga seorang wanita yang berstatus ibu tunggal membawa anak lelakinya berusia empat tahun di bilik hotel ketika ditahan bersama seorang lelaki yang didakwa sepupunya," katanya kepada pemberita. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top