pahangdaily pahangdaily Author
Title: Felda Dua Kali "Tolak Cadangan" Projek Sturgeon Bernilai RM100 Juta Itu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Projek bela ikan sturgeon, yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
PETALING JAYA: Projek bela ikan sturgeon, yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), merupakan cadangan “paling pelik” pernah diserahkan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), lapor NST Online.
Cadangan itu disifatkan pelik kerana projek ikan sturgeon tiada kaitan dengan penanaman dan tuaian kelapa sawit yang menjadi teras peniagaan FGV, menurut laporan itu memetik sumber yang rapat dengan urusniaga itu.
Oleh itu, menurut sumber itu, FGV, yang merupakan syarikat komersil Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) menolak cadangan itu pada 2011 dan 2012.
Menurut sumber itu, FGV didatangi pada 2011 oleh satu kumpulan yang mencadangkan pelaburan dalam projek bela ikan sturgeon, menggunakan teknologi Korea Selatan.
“Kumpulan itu mendakwa projek mendapat sokongan seorang ahli politik dan memberi pulangan lumayan, lebih cepat berbanding pokok kelapa sawit, yang mengambil masa 15-12 tahun untuk berbuah,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, FGV menolak cadangan itu kerana tiada kaitan dengan perniagaan minyak sawit.
“RM100 juta yang dicadangkan sebagai pelaburan untuk perniagaan ikan sturgeon itu lebih baik digunakan untuk membeli kapal, kerana, sekurang-kurangnya FGV boleh menghantar minyak sawit mentah ke pasaran eksport, seperti Turki,” kata sumber.
Pada 2012, FGV didatangi kumpulan kedua yang turut mencadangkan projek bela ikan sturgeon, kali ini menggunakan teknologi Eropah.
“Sekali lagi, FGV tolak cadangan itu, tetapi, beberapa tahun selepas itu, perniagaan sturgeon dijalankan di Felda.
“Sekiranya bauksit ditemui dalam ladang sawit milik Felda, lebih baik kalau FGV melombong bauksit kerana ia ditemui dalam tanah kami.
“Tetapi telur ikan sturgeon bahan asing, bukan sahaja kepada FGV, tetapi juga budaya tempatan.”
SPRM pada Selasa menahan 5 orang – 3 sedang berkhidmat dan 2 bekas kakitangan Felda – selepas disyaki rasuah berkaitan projek membela ikan sturgeon RM146.25 juta.
Mereka disyaki menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi dalam projek itu, menurut sumber SPRM. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top