pahangdaily pahangdaily Author
Title: Felda Rugi RM193 Juta, PKR Desak Senarai Kontraktor Di Dedahkan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR mendesak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendedahkan ...
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR mendesak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendedahkan senarai kontraktor yang gagal menyiapkan projek perumahan untuk warganya.
Rafizi Ramli memetik Penyata Kewangan Felda setakat 31 Disember 2014 yang menunjukkan ia menanggung kerugian berjumlah RM193 juta bagi projek Perumahan Warga Felda (PWF).
Selain PWF, Felda turut melaksanakan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dan Program Sentuhan Kasih Felda.
“Penyata kewangan menunjukkan perbelanjaan yang dibuat tidak sepadan dengan kemajuan pembinaan rumah.
“Sejumlah RM193 juta yang sepatutnya boleh membina sekitar 4,800 rumah kos rendah hangus begitu sahaja,” katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
Menurut Rafizi, soalannya di Parlimen pada 2 Disember 2015 berhubung jumlah unit, lokasi, harga dan kontraktor terlibat tidak mendapat jawapan memuaskan.
Beliau turut memetik jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Parlimen pada yang menurutnya hanya menyatakan syarikat berjaya menyiapkan projek.
Jawapan itu menyenaraikan jumlah kontraktor bagi 3 projek tersebut iaitu PWF, PGBF dan Program Sentuhan Kasih Felda setakat Oktober 2015.
Menurut jawapan itu, sejumlah 3,426 rumah berjaya disiapkan di bawah projek PWF oleh 11 syarikat, dengan harga jualan minimum RM42,000 bagi kos rendah dan RM92,000 bagi kos sederhana rendah.
Manakala bagi PGBF, sejumlah 8,420 unit disiapkan manakala Program Sentuhan Kasih FELDA hanya 400 unit.
Beliau mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad menyiarkan secara terperinci senarai kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.
“(Jawapan itu) hanya untuk projek sudah siap. Isa patut menyenaraikan semua supaya kita boleh tahu siapa dalang di belakang syarikat ini,” kata ahli Parlimen Pandan itu lagi.
Dalam wawancara bersama New Straits Times pada 27 September lalu, Isa berkata projek PGBF “tergendala sedikit” ekoran belum mendapat pinjaman institusi kewangan. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top