pahangdaily pahangdaily Author
Title: Gara-Gara Beliau Di Tuduh Anti-Islam, Lim Kit Siang Mahu Saman Hj Hadi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN: Penasihat DAP Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang k...
GEORGE TOWN: Penasihat DAP Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau meminta peguamnya meneliti perkara itu.
Lim berkata beliau bukanlah seorang yang anti-Islam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena, dekat sini, hari ini.
Mengulas mengenai pendirian teguh PAS yang tetap menolak untuk bekerjasama dengan DAP, Lim berkata ia adalah hak Hadi untuk menolak apa-apa kemungkinan bekerjasama dengan DAP.
Semalam Hadi dilaporkan berkata PAS mengulangi pendirian untuk tidak menerima pelawaan Lim untuk bekerjasama dengan DAP bagi memastikan kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top