pahangdaily pahangdaily Author
Title: Gempar: "Kerang Naik Ke Darat", Warga Kuantan Serbu Pantai Batu Hitam !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Pantai Batu Hitam dekat sini menjadi tumpuan warga  Kuantan, apabila dilaporkan terdj...

KUANTAN: Pantai Batu Hitam dekat sini menjadi tumpuan warga  Kuantan, apabila dilaporkan terdjadinya fenomena ribuan kerang naik ke darat sejak kelmarin. Kejadian aneh itu turut menjadi tarikan "orang luar" apabila isu berkenaan diviralkan di media sosial.

Menurut penduduk tempatan, penemuan kerang itu disedari oleh beberapa orang rakan mereka. Perkara itu dihebahkan dan ada yang menviralkannya. Susulan itu, pantai tersebut dikunjugi oleh ramai orang.



"Umpama pesta kerang, dari yang tua hinggalah yang muda. Satu keluarga bersatu mencari kerang.. kami turut menumpang tuah apabila perniagaan menjadi laris kerana kunjungan orang ramai", kata salah seorang peniaga restoran di tepi pantai terbabit.



Ketika tinjauan PDO, orang ramai dilihat mengali pasir sambil mencari kerang-kerang berkenaan. Ada yang melakukan kerja-kerja ini sejak dari pagi lagi. 

Namun difahamkan, kerang-kerang yang ditemui perlu direndam lebih lama kerana ia berpasir. Amat sukar untuk terus makan sama ada direbus atau dibakar akibat pasir tersebut.

Apapun, pantai Batu Hitam terus menjadi kunjungan tidak putus-putus. Orang ramai hanya beredar sekejap ketika hujan turun, kemudian kembali ke tepi pantai untuk meneruskan kerja-kerja mereka sebelum air pasang. 

Apapun, fenomena ini pernah berlaku setahun yang lalu kata salah seorang pengunjung. "Tahun lepas pun pernah berlaku kejadian seperti ini, namun kali ini ia lebih banyak dan ramai oang tertumpu selepas ada pihak yang viralkan isu ini di media sosial", katanya. #PDONEWS

Advertisement

Post a Comment




 
Top