pahangdaily pahangdaily Author
Title: Himpunan 'RUU 355': PAS Kesal DBKL Tolak Permohonan Tanpa Alasan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PAS melahirkan kekesalan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka mengadakan Himpunan RUU ...
PETALING JAYA: PAS melahirkan kekesalan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka mengadakan Himpunan RUU 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari tanpa sebarang alasan.
Pengerusi program, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya menerima surat penolakan daripada DBKL bertarikh 13 Januari 2017.
“Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah mengapa permohonan kami ditolak,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Himpunan RUU 355 menyasarkan kira-kira 300,000 orang berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan sokongan kepada rang undang-undang persendirian yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dan meningkatkan hukuman lebih berat.
Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan PAS mengadakan himpunan itu di Stadium Titiwangsa kerana kementeriannya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.
Menurut Tuan Ibrahim, ia penting untuk diadakan di Dataran Merdeka kerana boleh dianggap himpunan bersejarah kepada rakyat Malaysia serta menjadi simbol toleransi anta kaum dan agama.
“Bagi kami, himpunan ini perlu diadakan di Dataran Merdeka kerana ia satu himpunan sejarah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan berpaksi kepada sikap hormat menghormati antara kaum dan agama bagi mengamalkan tuntutan agama setiap penganutnya,” katanya.
Pihaknya turut memberi jaminan program itu akan menyerlahkan bentuk himpunan aman sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Justeru, beliau menggesa agar DBKL dapat mempertimbangkan permohonan dan memberi jaminan perjalanan himpunan akan berjalan dengan penuh tertib serta tenang.
“Untuk makluman pihak DBKL, kami akan menyediakan 2,000 petugas dan sukarelawan bagi memastikan himpunan ini berjalan dengan penuh tertib sebagaimana yang dirancang.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top