pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hina TMJ Dalam FB, "Miyo Castelo" Gagal Dalam Rayuan Terakhirnya !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA:  Seorang remaja lelaki, yang mengaku bersalah menghantar komen yang menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahi...

PUTRAJAYA: Seorang remaja lelaki, yang mengaku bersalah menghantar komen yang menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kekal ditempatkan di pusat pemulihan akhlak di Melaka sehingga mencecah usia 21 tahun.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh pada Khamis menolak rayuan terakhir Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri supaya dia dibebaskan dengan ikat jamin kerana berkelakuan baik.
Mahkamah Rayuan turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada September tahun lepas yang memerintahkan Muhammad Amirul, 19, ditempatkan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka sehingga berusuia 21.
Mahkamah Tinggi itu mengetepikan hukuman penjara setahun Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap buruh itu dan memerintahkan dia ditempatkan di pusat pemulihan akhlak itu.
Muhammad Amirul, dari Tumpat, Kelantan, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen itu terhadap 14 tuduhan menghantar komen menghina Tunku Ismail menerusi akaun Facebook 'Miyo Castello', dengan niat ingin menyakiti hati Tunku Ismail dan institusi diraja Johor.
Peguamnya Hassan Abdul Karim memberitahu pemberita bahawa Muhammad Amirul telah dipenjarakan tiga bulan sebelum kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi, dan anak guamnya akan mencapai usia 21 tahun dalam tempoh satu tahun dan lima bulan.
Beliau berkata Muhammad Amirul juga akan menduduki semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat pemulihan akhlak itu.
Sebelum itu, Hassan memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi menghantar anak guamnya ke Sekolah Henry Gurney adalah tidak wajar dan tidak teratur mengikut undang-undang.
Menurutnya Muhammad Amirul juga kesal dengan perbuatannya dan insaf serta  bersedia memohon maaf kepada Tunku Ismail.
Hakim Zawawi bertanya sama ada Amirul telah memohon maaf tetapi Hassan memberitahu bvahawa anak guamnya tidak diberi peluang berbuat demikian di Mahkamah Tinggi.
"Anda perlu ingat bahawa hukuman asal oleh Mahkamah Sesyen adalah setahun  penjara," kata hakim.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim pula meminta mahkamah untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memandangkan ia tidak membuat sebarang kesilapan dalam keputusannya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top