pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Bahri Kecewa: Rahman Dakwa Tak Semua 'Siasatan Kes' SPRM Ke Mahkamah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Seorang penyiasat tidak seharusnya menjadi pendakwa pada masa yang sama, kata Men...
PETALING JAYA: Seorang penyiasat tidak seharusnya menjadi pendakwa pada masa yang sama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau menjawab kenyataan bekas pengarah operasi khas Datuk Bahri Mohamad Zain hari ini, yang memilih untuk bersara awal daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas, kerana “kecewa” dengan cara pihak berkuasa menangani siasatan terhadap SRC International.
Bahri, yang memainkan peranan penting dalam siasatan terhadap SRC International, memberitahu  sejumlah wang “digelapkan” tetapi tiada pendakwaan.
“Saya percaya dalam semak dan imbang, dan sistem kehakiman yang memisahkan siasatan dan pendakwaan,” kata Rahman.
“Tugas SPRM adalah menyiasat, tetapi itu tidak bermakna ia akan membawa kepada pendakwaan.
“Sekiranya peguam negara mendapati kes itu tiada merit untuk dibawa ke mahkamah, kita perlulah percaya keputusan itu dibuat berdasarkan kepada fakta yang dibentangkan.”
Rahman, yang juga menteri bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi, berkata beliau juga pernah mempertikaikan mengapa ada kes tidak membawa kepada pendakwaan, semasa menganggotai jawatankuasa khas SPRM.
“Adakalanya kerana bukti tidak kukuh, atau siasatan tidak lengkap, atau tiada unsur jenayah.”
Itu menunjukkan siasatan SRC dilakukan Bahri bukan yang pertama, atau yang terakhir akan diberi cop “tiada tindakan lagi”, katanya.
“Malah di mahkamah, tidak semestinya semua anggota kehakiman memberikan keputusan yang sama.”
“Contohnya, kita selalu saksikan keputusan 2 lawan 1 atau 3 lawan 2 di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
“Itu tak bermakna mereka salah. Ia tafsiran fakta dan bukti yang dibentangkan kepada mereka,” kata Rahman.
Bahri memulakan siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu selepas sejumlah RM42 juta dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dalam kes SRC dan dalam jawapan bertulis Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) di Parlimen pada Mac tahun lepas, perdana menteri berkata SRC tidak mempunyai rekod mengenai pemindahan wang yang dikatakan itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top