pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kerajaan Mungkin Akan Melarang Motorsikal "Kapcai" Memasuki KL
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Kerajaan mungkin akan melarang motorsikal kecil atau “kapcai” memasuki Kuala Lumpur apabila rakyat terbanyak boleh mendap...
KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin akan melarang motorsikal kecil atau “kapcai” memasuki Kuala Lumpur apabila rakyat terbanyak boleh mendapatkan pengangkutan awam pada harga berpatutan.
Menurut The Star, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kementerian juga mungkin akan melarang kereta dipandu masuk ke kotaraya memandangkan keadaan sesak di Kuala Lumpur terutamanya pada siang hari.
“Pada siang hari, populasi (di kotaraya) bertambah menjadi 5 hingga 7 juta kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja.
“Banyak bandar tidak benarkan ‘kapcai’ masuk. Tetapi kajian menunjukkan ramai orang bermotorsikal kerana kemiskinan atau tidak mampu (menggunakan mod pengangkutan lain) sebab gaji kecil,” lapor akhbar berbahasa Inggeris itu.
“Kita akan melihat kemungkinan melarang motor ‘kapcai’ masuk ke kotaraya apabila pengangkutan awam yang murah boleh didapati,” katanya, dan menambah kenderaan kecil seperti itu sering digunakan oleh peragut.
Beliau berkata demikian di pelancaran kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan semalam.
Diminta mengulas larangan ke atas beg plastik dan bekas polisterina, Tengku Adnan berkata kementerian membincangkan kemungkinan menjadi pembekal barangan biorosot kepada para peniaga.
“Oleh kerana kita meminta orang ramai supaya menanggung kos barangan biorosot, kita merancang untuk membeli (barangan biorosot) secara pukal untuk dijual kepada peniaga kerana kita tidak mahu dasar kerajaan membebankan pengguna,” menurut laporan itu lagi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top