pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kompilasi Jantung: KM Sarawak Adenan Satem Meninggal Dunia
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SARAWAK: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada usia 72 tahun di Pu...

SARAWAK: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada usia 72 tahun di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan.
Adenan mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Abdul Taib Mahmud pada Februari 2014. Adenan dilahirkan 27 Januari 1944.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas pemergian beliau.
“Innalilla…terima berita sedih TS Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah. Saya akan ke Sarawak untuk ziarahi jenazah.
 “Jasa Allahyarham kepada Sarawak amat besar. Malaysia kehilangan pemimpin berwibawa,” demikian tulis beliau menerusi Twitter.
Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980-an dan 1990-an, Adenan merupakan seorang tokoh politik yang cukup hebat dalam kabinet negeri pada masa itu.
Beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dalan kabinet terakhir Ketua Menteri keempat Abdul Taib Mahmud.
Pada 28 Februari 2014, beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima setelah Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada akhir Februari 2014. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top