[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Mahkamah Benar Rayuan Anwar Terhadap "Keputusan" Lembaga Pengampunan


SHAH ALAM: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan dan menerima rayuan Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 16 Ogos 2016.
Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu bermakna rayuan Anwar akan didengar semula pada 2 Februari nanti di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
“Sebelum ini, dalam hujah balas Pendakwaraya Kanan Persekutuan ke atas peguam Anwar sebelum rehat jam 11.37 pagi, hakim membidas hujah mereka menurut Perkara 40(1)(A) Perlembagaan Persekutuan.
“Ini kerana mereka tidak menurut fakta kes yang dikemukakan peguambela,” katanya menerusi Facebook rasminya.
Kira-kira jam 2.18 petang, keputusan dibacakan di hadapan Anwar dan keluarganya serta pemimpin kanan parti termasuk Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.
Ketiga-tiga peguam Anwar iaitu Surendran Nagarajan, Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamaruddin kelihatan gembira dengan keputusan berkenaan.
Sebelum ini, Anwar mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyennya untuk pengampunan Diraja pada 16 Mac 2015. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]