pahangdaily pahangdaily Author
Title: Muhyiddin Cadang "Menghadkan" Kuasa PM Serta Anggota Kabinet !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk ...
SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk mengehadkan kuasa perdana menteri dalam usaha meningkatkan integriti dan akauntabiliti pemimpin nombor satu negara serta anggota Kabinet.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, jika parti pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau juga akan mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal 1MDB untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“Untuk memberikan keadilan kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban hutang 1MDB berjumlah puluhan bilion ringgit, kita juga akan menuntut wang dan harta 1MDB dikembalikan ke Malaysia secepat mungkin,” katanya pada majlis pelancaran PPBM di Stadium Malawati, malam tadi.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pihaknya sedang berunding dengan parti di luar Pakatan Harapan untuk membentuk satu gabungan politik mantap bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang BN pada PRU14.
“Gabungan politik yang disertai semua parti pembangkang ini boleh kita namakan Barisan Rakyat untuk menentang BN,” katanya sambil menambah parti pembangkang perlu mendapatkan keyakinan rakyat terlebih dahulu bagi menunjukkan mereka mampu menjadi sebuah kerajaan alternatif berkaliber.
“Rakyat sudah bersedia menukar kerajaan, cuma mereka nak lihat parti pembangkang bersatu, jangan berpecah, jangan lawan 3 penjuru, nanti rakyat tak sokong kita kerana mereka tak yakin kita boleh menang kalau kita berpecah.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top