pahangdaily pahangdaily Author
Title: Muhyiddin: UMNO Perlu Faham Soal Prinsip, Bukan Gadai Tanah Negara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: : Pimpinan UMNO perlu memahami prinsip perjuangan sebenar bagi memastikan kedaulatan negara terus diperkukuh tanpa menggada...

SHAH ALAM:: Pimpinan UMNO perlu memahami prinsip perjuangan sebenar bagi memastikan kedaulatan negara terus diperkukuh tanpa menggadaikan kepentingan dan aset negara.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tetap berpegang pada prinsip kesetiaan terhadap kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
Malah, katanya, prinsip itu tetap menjadi matlamat utama perjuangannya tanpa membatasi soal dan prinsip kesetiaannya kepada institusi diRaja.
“Bagi saya, kesetiaan tidak bersifat membuta tuli. Ia perlu berpaksikan kepada prinsip kebenaran kerana itu juga yang diajar Islam.
“Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar,” katanya.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian dalam kenyataannya sebagai mengulas dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Aziz Kaprawi yang mempertikai kesetiaan Muhyiddin terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Membidas dakwaan itu, Muhyiddin berkata, tampuk pemerintahan Umno kini dilihat gagal memahami prinsip sebenar kesetiaan hingga wujudnya individu yang sanggup menggadai bumi Malaysia bagi tujuan peribadi.
Beliau mengaitkan dasar penjualan tanah kepada syarikat asing menerusi urusniaga Forest City di bawah urus tadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top