pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mukhriz "Optimis" Pembangkang Akan Menang Pilihanraya Umum Ke-14
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini optimis parti pembangkang dapat menawan hati rak...
SHAH ALAM: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini optimis parti pembangkang dapat menawan hati rakyat, memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk menubuhkan kerajaan persekutuan baru walaupun berhadapan sekatan dan ugutan silih berganti.
Timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bagaimanapun berkata, angan-angan itu hanya akan menjadi kenyataan jika rakyat bertindak dan sanggup mengorbankan kepentingan jangka pendek serta tidak mengharapkan orang lain menyelamatkan keadaan.
“Melakukan perkara yang sama berulang kali sambil mengharapkan hasil yang berbeza atau lebih teruk lagi kalau kita tewas kepada dedak, maka itu semua hanya mimpi Mat Jenin semata-mata.
“Angan-angan yang tak akan menjadi nyata. Hidup kita semakin sengsara, masa depan anak cucu kita gelap gelita. Malaysia terus menuju binasa,” katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 ahli semasa majlis pelancaran parti itu di Stadium Melawati di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Itam turut menyeru orang ramai yang sayangkan negara dan menyedari kemungkaran dilakukan oleh parti yang memegang kuasa untuk bangkit melakukan perubahan.
“Kami sedar walaupun tidak mudah, ranjau dan duri melintang laluan, sekatan dan ugutan bersilih ganti, namun demi membela rakyat yang dianiayai dan mengharumkan semula nama Malaysia di persada dunia, kami galas amanah dan kepercayaan ini dengan tawaduk, taat, sabar dan qanaah.”
Turut hadir beberapa pemimpin parti pembangkang seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Naib Presiden DAP Teresa Kok dan Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top