pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nazri: PAS Boleh Berhimpun Di Dataran Merdeka Asalkan Ikut Syarat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Tiada halangan untuk PAS menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini asalkan mereka mengikut peratur...
KUALA LUMPUR: Tiada halangan untuk PAS menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini asalkan mereka mengikut peraturan ditetapkan dan mendapat kebenaran polis serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pihak menganjurkan perhimpunan atau demonstrasi bagi menyokong atau membantah sesuatu perkara atau isu, asalkan mereka mematuhi akta dan peraturan berkaitan.
“Pada saya, mereka berhak berbuat demikian…asalkan mengikut syarat dan mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persembahan Gendang 24 Perayaan terbesar di dunia, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin di Kampung Pandan, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai himpunan mega yang akan diadakan di Dataran Meander pada bulan depan bagi memberi penerangan kepada orang ramai, khususnya umat Islam mengenai usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Platform itu akan digunakan untuk memperjelaskan kewajaran usul RUU persendirian yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pindaan akta itu dan mengapa ia mesti disokong semua umat Islam, khususnya ahli Parlimen.
Sementara itu, persembahan Gendang 24 Perayaan terbesar di dunia itu yang disertai 388 peserta pelbagai bangsa dan peringkat umur turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Persembahan gendang tersebut kini tidak lagi dilihat sebagai hak mutlak dalam kebudayaan kaum Cina, malah kaum Melayu dan India turut menyertai pasukan persembahan tersebut.
Senario itu secara tidak langsung menjadi perantara dalam usaha memupuk semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Boley Jalan said... Monday, January 09, 2017 4:08:00 PM

Ameno jgn bimbang.....sudah 8 tahun Pas wala' dgn Ameno, Pas hanya nak Lawan Amanah.....he3x

 
Top