pahangdaily pahangdaily Author
Title: Negeri Pahang Mencatat Jumlah Mangsa "Bencana Banjir" Paling Tinggi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pahang terus mencatatkan jumlah mangsa bencana banjir paling tinggi iaitu 6764 orang setakat 11.30 pagi. Menurut aplik...
PETALING JAYA: Pahang terus mencatatkan jumlah mangsa bencana banjir paling tinggi iaitu 6764 orang setakat 11.30 pagi.
Menurut aplikasi InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa termasuk 1989 kanak-kanak, 2283 wanita dan 161 bayi ditempatkan di 110 pusat pemindahan sementara di Temerloh, Maran, Rompin, Pekan, Bera, Raub, Jerantut dan Lipis
Statistik mencadangkan walaupun Pahang teruk terkesan, keadaan menunjukkan tanda keredaan.
Sebelum ini, jumlah mangsa kira-kira 6778 termasuk 1952 kanak-kanak, 2296 wanita dan 185 bayi.
Sementara itu keadaan di Johor turut menunjukkan tanda keredaan.
Setakat 11.30 pagi tadi, jumlah mangsa turun kepada 4082 daripada 4834 pada 9.30 malam semalam. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top