pahangdaily pahangdaily Author
Title: 'Pakatan Pilihan Raya', Masa Yang Di Beri Kepada PAS Sudah Tamat !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Masa yang diberikan kepada PAS untuk membuat keputusan mengenai pakatan pilihan raya bersama pembangkang sudah tamat, ka...
PETALING JAYA: Masa yang diberikan kepada PAS untuk membuat keputusan mengenai pakatan pilihan raya bersama pembangkang sudah tamat, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita telah buat keputusan, masanya sudah tiba dan kita akan putuskan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PPBM tak lama lagi,” kata Dr Mahathir pada majlis anjuran Amanah di Ampang malam tadi, lapor Malaysiakini.
Pengesahan oleh Dr Mahathir itu menjawab persoalan yang dibangkitkan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Maszlee Malik, yang mempertikaikan rundingan antara PPBM dan PAS, serta rancangan untuk menyertai Pakatan Harapan.
Bekas perdana menteri berkata penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan bukan lagi soal kemungkinan.
“Kalau boleh, kita mahu semua 5 parti (pembangkang) berada dalam satu pakatan. Tetapi malangnya, PAS mempunyai pendiriannya sekali gus menyukarkan proses penyatuan,” katanya dan menambah PAS sebelum ini bertegas tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Dr Mahathir menjelaskan PPBM sebelum ini cuba meyakinkan PAS supaya menyertai pakatan pembangkang itu.
Bagaimanapun, dialog antara kedua parti tidak dihadiri pemimpin paling tinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“PAS hanya diwakili Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) dan Datuk Mustafa Ali (Pengarah PAS pilihan raya). Mereka tidak menolak tapi dalam masa yang sama tidak juga menerima.
“Jika PAS tak nak sertai pembangkang, PPBM akan berada dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian di sesi bual bicara bersama bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, dan Maszlee selaku moderator.
Sementara itu, Husam berkata orang ramai perlu faham alasan di sebalik keputusan PAS untuk tidak menyertai blok pembangkang.
“Kita kena faham kenapa PAS bersikap sedemikian. Kalau kita tak faham dia (PAS), kita akan diheret oleh PAS sehingga tarikh pilihan raya dan kita tetap dalam keadaan tidak bersetuju,” kata Husam.
Husam berkata PAS berpandangan ada keperluan untuk mengekang dominasi DAP dalam pembangkang.
“Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat dua kem dalam PAS. Apabila mereka mahu berunding dengan pakatan pembangkang, mereka akan menghantar Tuan Ibrahim dan Mustafa sebagai diplomat. Tetapi yang membuat keputusan adalah pemimpin-pemimpin lain,” katanya.
Sebelum ini bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Perikatan itu bagaimanapun terlerai tahun lepas berikutan pertikaian mengenai matlamat PAS mengusahakan dan melaksanakan hudud di Kelantan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top