"Parti Pribumi Bersatu Malaysia" (PPBM) Di Lancarkan Secara Rasmi


PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilancarkan secara rasmi oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.

Dalam ucapan perasmiannya, bekas Perdana Menteri itu berkata pilihan raya umum akan datang menyaksikan pembangkang bertanding di bawah satu lambang dan satu manifesto.

"Kami juga akan bertanding dengan seorang calon bagi setiap kawasan.

"Semua parti komponen akan berdiri teguh di belakang setiap calon," katanya ketika berucap di Stadium Malawati Shah Alam Sabtu malam.

Pelancaran itu dihadiri presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengetuai koir nyanyian lagu kebangsaan pada awal perasmian.

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]