pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Gesa Kerajaan Tubuhkan Satu Suruhanjaya Pantau Jual Beli Aset Felda
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Pas menggesa kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya bebas bagi memantau cadangan penju...

SHAH ALAM: Pas menggesa kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya bebas bagi memantau cadangan penjualan aset milik Felda.

Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas, Naraza Muda berkata, langkah itu penting sejajar dengan cadangan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang akan melaksanakan langkah penjualan asetnya di dalam dan luar negara secara  agresif tahun ini.

"Hal Ehwal Felda Pas mencadangkan agar pihak kerajaan segera membuat penyiasatan terbuka oleh pihak berwajib dan menubuhkan Suruhanjaya bebas diangotai tokoh-tokoh yang diyakini rakyat untuk memantau cadangan penjualan aset ini serta menyiasat setelusnya urusniaga ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Katanya lagi, dalam pada itu pihaknya berharap supaya anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) juga turut disiasat.

"Kami tidak mahu mereka yang menguruskan FIC terlepas dari kesalahan di atas tindakan mereka sebelum ini membuat keputusan pelaburan dan pembelian aset yang menimbulkan masalah.

“Sepertimana disahkan oleh Tan Sri Shahrir  dengan menyifatkan kelemahan tadbir urus itu berpunca daripada 'aset bermasalah' yang kini dimiliki FIC," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top