pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BENTONG:   Pelancong diingatkan supaya tidak membawa budaya tidak sihat ke Bentong. Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai ...

BENTONG:  Pelancong diingatkan supaya tidak membawa budaya tidak sihat ke Bentong.

Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penduduk tempatan mengalu-alukan kehadiran pelancong, namun mereka tidak akan bertoleransi dengan kelakukan tidak wajar.

"Kita mahu tindakan segera daripada pihak polis. Ini budaya yang tidak sihat yang dibawa ke Bentong. Kelakuan begini tidak boleh dibiarkan kerana negara kita adalah negara yang berbilang kaum dan agama.

"Kita tidak boleh terbawa-bawa dengan budaya Barat yang tidak sihat," katanya yang juga Menteri Pengangkutan kepada pemberita.

Beliau menyampaikan sumbangan RM500,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khai Mun Pagi di sini hari ini.

Tiong Lai diminta mengulas mengenai kelakuan 39 peserta motivasi di sebuah resot di sini yang dilapor berbogel di kawasan padang permainan semasa menyertai satu jenis permainan 'All Out' pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor semalam mengesahkan kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya minggu ini.     

Selain bertentangan dengan norma agama dan moral, Tiong Lai juga berkata, insiden tidak wajar itu dikhuatiri boleh menjejaskan nama Bentong sebagai destinasi sesuai untuk percutian keluarga.

"Kita bukan sahaja mahu memelihara alam sekitar, tetapi juga budayanya," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top