pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Nafi Beliau Terlibat Politik Kepartian
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Dr. Zainal Ariffin bin Omar  (foto) menafikan beliau terlibat dengan poli...

KUANTAN: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Dr. Zainal Ariffin bin Omar  (foto) menafikan beliau terlibat dengan politik kepartian seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di media sosial mutakhir ini.

"Sebagai Penjawat Awam dan Bekas Penjawat awam, saya memegang prinsip perkhidmatan iaitu memberi perkhidmatan yg terbaik sebagai melaksanakan arahan pentadbiran " Government of the day" dan "good governance". Tanpa terlibat dalam politik kepartian", kata kenyataan posting terbaharu di laman faceebok beliau.


Sebelum ini heboh diviralkan isu "Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Kerja Kutuk, Sindir Kerajaan Dan Pemimpin". Malah netizen dan pihak yang berkenaan menggesa Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengambil tindakan tegas terhadap beliau. 

Zainal, pada satu posting sempena tahun baru 2017 sebelum ini dikatakan telah membuat satu posting kontroversi yang menghina kempimpinan Dato'Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. 


Zainal, didakwa sebagai Pro Pembangkang dan wajar diambil tindakan tegas oleh pihak kerajaan. Sebelum ini heboh diperkatakan tentang seorang kakitangan Kementerian Kesihatan menghina Yang Di Pertuan Agong. Kini satu lagi kontroversi melibatkan pegawai kanan pula. Persoalanya, benarkan dakwaan ini atau ia sekadar fitnah semata-mata.


Ini kerana, carian kami di wall facebook beliau langsung tidak menjumpai posting yang berkenaan. Mungkin ia dipadamkan atau sengaja direka oleh pihak-pihak tertentu, hanya Pengarah Kesihatan Negeri Pahang itu yang lebih  mengetahuinya. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top