pahangdaily pahangdaily Author
Title: Persempadanan Semula: SPR Tak Gunakan "Senarai Daftar Pemilih Terkini"
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunak...
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan daftar pemilih terkini dalam cadangan pelaksanaan persempadanan semula, dan itu melanggar garis panduan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Cyrus Das berkata SPR menggunakan daftar pemilih pada suku terakhir 2015.
“Jadual 13 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jumlah pengundi perlu diambil daripada daftar pemilih yang terkini,” katanya.
Das berkata daftar pemilih “terkini” mesti bermaksud yang disiarkan baru-baru ini, sebelum pelaksanaan persempadanan semula dijalankan.
SPR menerbitkan notis 18 halaman dalam akhbar utama yang ia akan menjalankan cadangan persempadanan semula di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, bermula September tahun lalu.
Das berkata SPR sepatutnya memasukkan daftar bagi suku pertama (Januari-Mac 2016), yang digazetkan pada Julai.
“Namun, SPR dalam jawapannya kepada hujahan kami menyatakan daftar terkini tidak boleh digunakan kerana ia belum lagi disempurnakan,” katanya dalam hujahannya.
Selangor memohon untuk membatalkan notis persempadanan semula SPR kerana ia melanggar Perlembagaan dalam merangka sempadan pilihan raya baharu.
Kerajaan negeri itu juga mahu pengisytiharan yang notis itu kekurangan maklumat dan akan menyebabkan pengundi, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak dapat melaksanakan hak perlembagaan mereka untuk memfailkan representasi.
Ia memohon mahkamah membatalkan notis SPR dan mengeluarkan perintah supaya ia menerbitkan notis baharu cadangan pelaksanaan itu.
Peguam Derek Fernandez, yang juga mewakili kerajaan negeri berkata SPR turut melanggar satu lagi garis panduan dalam Perlembagaan dengan menyebabkan kesukaran kepada pihak berkuasa tempatan dan memutuskan hubungan dalam kalangan masyarakat melalui pelaksanaan itu.
“SPR sepatutnya membincangkan perkara ini dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, tetapi mereka memilih untuk tidak berbuat demikian,” katanya.
Fernandez berkata SPR tidak mahu mematuhi hasrat Perlembagaan dan sebaliknya melaksanakan cadangan itu sendiri.
“Kesannya, kami membawa tindakan mereka untuk semakan kehakiman di mahkamah. Apa yang SPR lakukan menjadi ultra vires kepada Perlembagaan,” katanya.
Beliau berkata SPR dalam afidavit balasnya kepada kebimbangan kerajaan negeri berkata semua isu itu boleh diselesaikan ketika inkuiri setempat dengan pengundi yang terjejas.
Perbicaraan yang didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman itu ditangguhkan pada 7 Februari. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top