pahangdaily pahangdaily Author
Title: PKR Sarankan "Pengerusi Baharu" Felda Mendengar Suara Peneroka
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PKR menyarankan Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengadakan road show bagi menemui peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua...
PETALING JAYA: PKR menyarankan Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengadakan road show bagi menemui peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendengar kebimbangan mereka berhubung hala tuju agensi itu, kata pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil.
Baru-baru ini, Felda dilaporkan membeli 37% pegangan dalam PT Eagle High Plantation Tbk daripada Rajawali Group, sebuah daripada syarikat minyak sawit terbesar di Indonesia, pada harga AS$505.4 juta.
Pengambilalihan itu dibuat setahun selepas Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membatalkan rancangan membeli kepentingan sama di Eagle High pada harga AS$680 juta. Ahli politik dan pelabur mengkritik perjanjian itu terlalu mahal.
Fahmi berkata, Felda perlu kembali kepada perniagaan terasnya, iaitu minyak sawit dan menumpukan peningkatan produktiviti ladang serta kadar perahan minyak daripada purata 17% hingga 18% kepada 20%.
“Saya percaya dengan usaha bersepadu semua pihak, Shahrir boleh mengembalikan maruah dan fokus Felda.”
Semalam, Shahrir diumumkan sebagai pengerusi baharu Felda bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lalu.
Isa akan kekal sebagai pengerusi FGV.
Baru-baru ini, Isa dipersalahkan untuk prestasi kewangan lemah FGV. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top