pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Akan Siasat Program Terbaru Anjuran "Bakal Orang Terkaya Di Dunia"
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Polis memulakan siasatan terhadap satu program amal anjuran YSLM, sebuah syarikat dimiliki warganegara China yang mengis...
PETALING JAYA: Polis memulakan siasatan terhadap satu program amal anjuran YSLM, sebuah syarikat dimiliki warganegara China yang mengisytiharkan dirinya sebagai “bakal orang terkaya”, Zhang Jian.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau Zhang selepas laporan berita menunjukkan seperti beliau membangunkan semula perniagaan MLM atau pemasaran berbilang tingkat (multi-level marketing) di Malaysia.
“Aktivitinya akan diteliti. Pegawai saya akan mengkaji konsep majlis amalnya itu,” katanya.
Khalid berkata Zhang boleh dilarang memasuki Malaysia jika didapati melanggar undang-undang.
China Press sebelum ini dalam laporannya yang memetik sumber berkata program amal anjuran YSLM atau “Yun Shu Mao”, diadakan di sebuah hotel di Selangor pada 29 Disember.
Acara itu dilaporkan menampilkan poster yang hampir serupa dengan di papan iklan besar gambar Zhang yang dipasang di Pulau Pinang pada 2014.
Akhbar tempatan itu melaporkan acara itu dihadiri ratusan warganegara China dan 150 kereta diberikan sebagai hadiah dan insentif kepada ahli YSLM.
Zhang dilaporkan berada di Thailand.
YSLM mula terkenal pada 2014 apabila didakwa memperdaya orang untuk mendapatkan wang menerusi skim piramid dan cepat kaya.
Pada tahun sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendakwa YSLM ialah syarikat jualan langsung yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beroperasi tanpa lesen kementerian.
Zhang juga dilaporkan ditahan di Thailand pada penghujung 2014 kerana didakwa menipu RM605 juta daripada ribuan orang di China, Malaysia dan Thailand. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top