Polis Tahan Lelaki Di Kuantan Dek Kerana "Posting Berbaur Fitnah" !


KUCHING: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan di Kuantan, Pahang berhubung posting dalam Facebook mengenai Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata lelaki itu ditahan pada jam 5 petang semalam berikutan maklumat oleh Jabatan Siasatan JenayahSarawak.

Polis juga merampas telefon bimbitnya untuk siasatan.

"Sepasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuching akan berlepas ke Kuantan esok untuk mengiringi suspek balik," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Dev berkata setakat jam 8 malam tadi, 37 laporan polis telah dibuat di 12 daerah polis terhadap beberapa pemegang akaun facebook yang didakwa telah membuat posting atau komen berbaur fitnah berhubung pemergian Ketua Menteri Sarawak.

“Siasatan sedang dijalankan ke atas enam daripada laporan itu,” katanya sambil menambah dua penangkapan telah dibuat setakat ini dan selebihnya sedang disiasat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]