pahangdaily pahangdaily Author
Title: Harakahdaily Bidas Pelantikan Saifuddin Sebagai "Dedak Parti DAP"
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Lidah rasmi PAS Harakahdaily menyifatkan pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk S...
PETALING JAYA: Lidah rasmi PAS Harakahdaily menyifatkan pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategik kepada ketua menteri Pulau Pinang, sebagai “dedak” oleh DAP bagi mengikat PKR.
“Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya.
“Itulah ‘dedak’ yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat,” menurut komen yang diterbitkan akhbar berkenaan semalam.
Ia menganggap keputusan melantik Saifuddin sebagai sebahagian usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan PAS.
Menurutnya, pelantikan “orang penting PKR” dalam pentadbiran DAP itu berlaku ketika PKR “masih menunjukkan sayang dan rindu kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku”.
“Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan ‘strategik’ mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR.
“Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai ‘penimbang tara’ terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH-Bersatu,” menurut penulisan itu, merujuk perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pelantikan Saifuddin menerima sokongan Biro Politik PKR Pusat. Saifuddin memulakan tugasnya dari pejabar pentadbiran negeri di Komtar, di tingkat sama pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng.
PAS sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan PH disebabkan keanggotaan DAP dan Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS pada 2015.
Parti itu bagaimanapun belum memutuskan hubungan dengan PKR, dan beberapa siri ceramah menonjolkan pemimpin PAS, PKR dan PPBM diadakan baru-baru ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top