pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pulau Pinang "Melantik" Saifuddin Untuk "Tarik Sokongan" Pengundi Melayu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN:  Pelantikan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategi kerajaan Pulau Pinang bertujuan untuk...
GEORGE TOWN: Pelantikan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai penasihat strategi kerajaan Pulau Pinang bertujuan untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan.
Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon berkata Pakatan mempunyai rancangan besar untuk mendekati masyarakat Melayu melalui jawatankuasa “Pemerkasaan Melayu”.
“Pelantikan Saifuddin sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang, terutamanya sokongan masyarakat Melayu,” kata Rashid hari ini.
Jawatankuasa itu ditubuhkan untuk memastikan sokongan berterusan masyarakat Melayu kepada pakatan pembangkang persekutuan itu
“Kita ada badan pemikir kajian Melayu dari seluruh negara membantu kita. Saya tak boleh dedahkan semua,” kata Rashid, yang mengakui Saifuddin juga berperanan untuk mengukuhkan majoriti undi di kerusi PKR di Pulau Pinang.
Saifuddin pada Rabu mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Pelantikan itu dipersetujui pimpinan kanan PKR, kata Rashid.
PAS melalui media rasmi Harakahdaily mencemuh pelantikan pemimpin kanan parti sekutunya, mendakwa DAP memberi insentif kepada PKR untuk mengekalkan kerjasama antara kedua parti.
Ditanya mengenai ketidakpuasan hati parti Islam itu, Rashid berkata: “PKR cuba bekerjasama dengan PAS pada skala kecil, tetapi bila kami hubungi mereka, mereka tak hadir.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top