pahangdaily pahangdaily Author
Title: Puncak Menara Tinjau Panorama Kuantan Di "Bukit Pelindung" Kini Di Tutup Kepada Orang Ramai
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Orang ramai yang mendaki Bukit Pelindung kini tidak dibenarkan lagi memasuki menara ...

KUANTAN: Orang ramai yang mendaki Bukit Pelindung kini tidak dibenarkan lagi memasuki menara tinjau untuk menyaksikan panorama bandar dari puncak bukit apabila lokasi itu ditutup secara rasmi mulai semalam (17 Januari 2017).


Ini kerana kawasan itu telah diklasifikasikan  sebagai kawasalan larangan "Kawasan Sensitif Yang Mengandungi Asetr-Aset Penting Kepada Negeri Dan Negara. Demi keselamatan negeri dan negara kawasan sensitif diwajibkan ada "Buffer Zone". Sehubungan itu, katanya semua pihak tidak boleh berkompromi lagi dan kena akur kerana soal keselamatan negeri dan negara lebih diutamakan.


Demikian ditegaskan oleh salah seorang pendaki setia bukit tersebut Haji Abdul Rahim Othman (RBO) menerusi posting terbaharu di laman facebook beliau. Abdul Rahim sebelum ini pernah mendedahkan terdapatnya kawad duri yang menghalang orang ramai memasuki kawasan tersebut.

November lalu, lokasi ini pernah diterjah oleh NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara). Isu yang didedahkan ialah berkenaan laluan itu agak berbahaya dan boleh mengancam keselamatan orang ramai, tambahan pula ada benda-benda tajam (terpacak) yang dibiarkan di sana sini. 


Mungkin kerana terjahan ini menyebabkan lokasi berkenaan tiba-tiba diletakkan kawad duri yang kemudiannya menjadi keresahan dan mengecewakan ramai pihak. 


Sementara itu Abdul Rahim turut mengucapkan terima kasih kepada pihak MKN, MKN Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Telekom Malaysia (TM) dan Pejabat Daerah Kuantan. 

"Papan notis telah pun dipasang di laluan tersebut...Well Done! Kepada sahabat-sahabat semua, #rbonews juga mendapat info bahawa pihak MPK sedang berusaha mengenalpasti lokasi baru di Puncak Pelindung yang lebih sesuai dan jauh dari kawasan larangan", kata kenyataannya. 

Justeru, dengan perkembangan terbaru ini maka orang ramai terutamanya para pendaki Bukit Pelindung kini tidak dapat lagi mengambil gambar "selfie" berlatar belakang panorama bandar Kuantan seperti sebelum ini. Apapun, diharap lokasi baru dapat diusahakan dengan kadar segera bagi tidak mengecewakan orang ramai yang menganggap tiba di kemuncak itu sebagai kejayaan penat lelah mendaki. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top