pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rafizi Dedah "Anak Syarikat Felda" Muflis, Kerugian Cecah RM155 Juta
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: KEADILAN  mendedahkan satu lagi kerugian besar anak syarikat milik Felda diangg...

KUALA LUMPUR: KEADILAN  mendedahkan satu lagi kerugian besar anak syarikat milik Felda dianggarkan sebanyak RM155 juta.
Naib Presiden, Rafizi Ramli berkata, syarikat bernama Felda Wellness Corporation Sdn Bhd itu kini telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah pada Mac 2016.
“Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Felda Wellness setelah beroperasi selama dua tahun setengah, jumlah hutang terkumpul adalah RM155 juta iaitu RM74 juta pada tempoh kewangan pertama dan RM81 juta pada tahun berikutnya.
“Jualan syarikat ini hanya RM2 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, sedangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nasir Shafion mendabik dada pada 13 November 2015 menyatakan bahawa Felda Wellness mensasarkan RM100 juta dalam tempoh tiga tahun.
“Jumlah hutang ketika syarikat ini diisytiharkan muflis adalah RM154 juta,” katanya dalam sidang media di pejabat INVOKE.
Felda Wellness adalah anak syarikat milik penuh Felda yang menyuntik RM5 juta sebagai modal awal syarikat tersebut.
Syarikat itu ditubuhkan pada 17 Julai 2013, iaitu selepas kemenangan Umno Barisan Nasional pada PRU 13.
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, sebuah syarikat farmaseutikal dari Australia iaitu Gordagen Pharmaceuticals Sdn Bhd kini sedang menuntut hutang sebanyak RM2.1 juta dari Felda Wellness.

Laman web rasmi http://feldawellness.com/ gagal diaksess

Menurutnya, Gordagen berkali-kali menuntut hutang selama 14 bulan tetapi tidak dihiraukan pengurusan Felda Wellness.
Lebih parah lagi, jumlah kerugian RM155 juta itu dakwa Rafizi, telah dibelanjakan oleh pegawai kanan Felda untuk kepentingan diri.
“Hutang Felda Wellness kepada Gordagen adalah bagi perkhidmatan yang termaktub dalam perjanjian atas persetujuan Nasir dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Wellness, Muhammad Sufi Mahbub yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Felda.
“Salah satu dari perjanjian itu menetapkan bahawa dana dari Felda Wellness digunakan untuk membayar gaji dan kos sara hidup anak Muhammad Sufi di Australia,” dakwa Rafizi.
Sehubungan itu, Rafizi mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad memberikan penjelasan berhubung pendedahan kerugian tersebut.
Beliau berkata, Shahrir perlu memberikan jawapan kerana melibatkan penyelewengan wang titik peluh peneroka Felda.
“Saya menunggu helah baru Shahrir untuk mengelak dari berdepan dengan isu ini.
“Sikap acuh tidak acuh Shahrir setakat ini menunjukkan beliau tidak serius untuk menyelamatkan Felda,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top