pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dida...
PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi seorang lelaki mewakili keluarga Anwar memohon bantuan daripadanya untuk mendapatkan pengampunan diraja.
Ia dinafikan serta merta anak perempuan Anwar, Nurul Nuha.
Saiful dalam catatan Facebook semalam berkata kenalan rapat ketua umum PKR itu mencarinya dan memohon maaf kerana menyerang dan tidak mempercayai dakwaannya selaku mangsa dalam pensabitan kes liwat.
“Saya cakap kepada beliau, tidak mengapa, saya sudah lama memaafkan semua, kerana mereka tidak tahu,” kata Saiful.
Menurut Saiful, lelaki itu kemudiannya menyampaikan hajat mewakili keluarga Anwar.
“Beliau mohon agar saya, selaku pengadu dalam kes, memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar dari Agong agar Anwar dibebaskan, tanpa mengubah pengakuan dan dakwaan saya.
“Beliau mohon saya maafkan Anwar. Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama 2 tahun, mungkin beliau sudah insaf.”
Dalam pesanan teks ringkas, anak Anwar, Nurul Nuha berkata dakwaan Saiful itu tidak benar.
“Kami tidak pernah meminta apa-apa dari Saiful,” katanya dalam satu pesanan teks.
Ditanya sama ada keluarganya akan pertimbangkan meminta bantuan Saiful untuk membebaskan Anwar, Nurul Nuha menjawab “tidak”.
Saiful bagaimanapun berkata dia tidak pasti sama ada lelaki itu benar-benar menyampaikan hajat mewakili keluarga Anwar.
Beliau juga tidak pasti niat sebenar lelaki itu, “sama ada benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada pilihan raya umum nanti”.
Anwar perlu menjalani penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Disember tahun lepas menolak permohonan semakan kehakiman bagi mengenepikan pensabitan liwat.
Anwar, 69, pada 30 April 2015 membuat rayuan itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan pensabitan bersalah meliwat Saiful. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top