pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shahrir: FIC Di Susun Semula, Ahli Lembaga Pengarah Letak Jawatan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) diarah m...

KUALA LUMPUR: Semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) diarah meletak jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut, menurut Pengerusi Felda yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
FIC merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.
"FIC penting kepada Felda. Saya sudah minta semua ahli lembaga FIC untuk letak jawatan," katanya dalam satu temu bual bersama Bernama.
Ini merupakan langkah pertama yang utama bagi Felda sejajar dengan pengumuman awal beliau mengenai rombakan pengurusan yang besar dalam Felda.
Perletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah FIC, katanya, akan membuka jalan untuk menyusun semula FIC.
"Kita kena ada pelaksanaan urus tadbir yang baik, jadi saya sudah minta (mereka) letak jawatan. (Saya akan susun semula dan) isi balik. Sekarang kita tak ada CEO pun," kata Shahrir.
FIC yang ditubuhkan pada 2 Julai, 2013 pada dasarnya terlibat dalam pembangunan hartanah, hospitaliti dan pelaburan strategik yang lain. 
Objektif utama FIC ialah memberi tumpuan terhadap perniagaan strategik melalui pemerolehan atau kolaborasi yang mungkin memberi faedah kepada syarikat dan pihak berkepentingannya dalam jangka panjang.
Menurut laman web FIC, sepanjang penubuhannya, syarikat telah menandatangani beberapa perjanjian strategik termasuk pelaburan dalam IRIS Corporation Bhd, pengambilalihan syarikat pembangunan hartanah Encorp Bhd dan pelaburan dalam Barakah Offshore Petroleum Bhd, yang menandakan penglibatan pertamanya dalam industri minyak dan gas. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Miss Vee said... Tuesday, January 17, 2017 5:39:00 PM

Rahsia Pancutkan Isteri ..
Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!
>>> KLIK HERE !! <<<




 
Top