pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shahrir Samad: Tiada Keperluan Sahut Cabaran Pengarah NOW !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:   Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata tiada keperluan untuknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Penceg...

KUALA LUMPUR:  Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata tiada keperluan untuknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan ketirisan dalam syarikat berkaitan kerajaan itu. 

Shahrir menegaskan negara ini mempunyai sistem perundangan dan pihak berkaitan "tahu" dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. 

"Semua itu nak dicabar, hanya cakap-cakap. Banyak orang buat kerja mereka sendiri, negara ini ada sistem, bukan tunggu cabaran personaliti atau tokoh-tokoh untuk kita buat kerja," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir supaya Felda membuat laporan kepada SPRM mengenai ketirisan dialami syarikat berkaitan kerajaan itu. 

Akmal dalam kenyataan pada Rabu, mencabar Shahrir membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk polis dan SPRM untuk menyiasat sama ada Felda mempunyai unsur jenayah atau rasuah akibat berlaku ketirisan.

Terdahulu, Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Indienomics dan Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap). 

Usahasama itu memberi peluang kepada graduan di bawah Mantap untuk bekerja dan menjalani latihan industri di syarikat-syarikat di bawah naungan Indienomics.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Mantap, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Noraini Ahmad. 

Program Indienomics yang bermula sejak 31 Ogos 2015 adalah gerakan keusahawanan yang menggabungkan lebih 30 ikon usahawan muda pelbagai industri seperti logistik, media, fesyen dan penerbitan buku.  #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top