pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kes Skandal Projek Ikan Sturgeon, SPRM Jangka Lebih Ramai Akan Di Siasat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil 24 individu untuk disoal ...
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil 24 individu untuk disoal siasat berhubung projek penternakan ikan, dan berkata ia tidak akan berhenti di situ.
Ini susulan tangkapan seorang individu bergelar “Datuk” dan bekas timbalan pengarah Felda berhubung projek penternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta di Pahang.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abdul Ghani, dalam satu laporan oleh Sinar Harian berkata, 24 individu dipanggil bagi direkodkan kenyataan, dan kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil kelak.
Dalam laporan sebelum ini oleh akhbar harian Melayu, SPRM berkata beberapa individu berprofil tinggi lain juga mungkin disiasat.
Antara yang ditahan ialah seorang bergelar “Datuk” berusia 57 tahun, bekas timbalan ketua pengarah berusia 53 tahun di Felda, bekas pegawai operasi projek itu, pegawai tadbir dan seorang pegawai Felda dari pejabat di luar negara.
Mereka didakwa menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi dengan meluluskan perjanjian tanpa kelulusan lembaga pengarah Felda.
Bernama awal minggu ini memetik sumber SPRM sebagai berkata lembaga Felda, pada mesyuarat Januari 2013, meminta salah seorang suspek mengemukakan laporan terperinci mengenai pelaburan dalam projek itu.
Tetapi suspek berkenaan, tanpa pengetahuan lembaga Felda atau Bahagian Perundangan dan Kewangan, menubuhkan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014.
Beliau kemudian menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan sturgeon di Korea Selatan bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) tanpa pengetahuan lembaga Felda.
Sumber itu juga berkata, suspek meluluskan kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) dana Felda untuk membuat pembayaran kepada syarikat Korea melalui FCSB, tanpa pengetahuan atau kelulusan lembaga.
Siasatan awal SPRM mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar Pahang dan wang pendahuluan dibuat kepada syarikat Korea seminggu selepas FCSB diperbadankan. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top