pahangdaily pahangdaily Author
Title: Soal Siasat Malam Tahun Baharu Cina, 'Musuh' Guan Eng Pun Kata Polis Salah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Polis bersikap “tidak bertimbang rasa” kerana menetapkan jadual soal siasat Ketua...
PETALING JAYA: Polis bersikap “tidak bertimbang rasa” kerana menetapkan jadual soal siasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada malam Tahun Baharu Cina, kata Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong.
“Secara peribadi saya rasa polis tidak bertimbang rasa kerana mahu menyoal siasat beliau pada malam Tahun Baru Cina.
“Lebih pun, ia bukan kesalahan serius dan beliau sudah pun disoal siasat sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan terdahulu di mana Lim berkata polis mahu menyoal siasatnya sekali lagi pada 27 Januari susulan kenyataannya mengenai isu rang undang-undang syariah.
Lim, yang berang, dipetik Malaysiakini sebagai berkata: “Mereka tidak tahukah itu hari apa? Saya faham jika mereka tidak menghormati saya sebagai ketua menteri, tetapi hari sebelum Tahun Baru Cina adalah hari yang sangat istimewa bagi kami.”
Malam Tahun Baru Cina hari yang sangat penting bagi masyarakat Cina di mana keluarga akan menyediakan makanan untuk acara makan besar sebelum perayaan disambut esoknya dan ia diraikan kebanyakan kaum Cina, tanpa mengira agama mereka.
Guan Eng beragama Kristian.
Bagaimanapun, Yong berkata Lim boleh saja meminta kepada polis untuk menangguhkan sesi soal siasat itu, bukannya mengeluarkan kenyataan bantahannya.
“Beliau boleh minta penangguhan dan jika polis masih enggan, ia pastinya keputusan yang mengarut,” katanya.
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tarikh boleh ditukar untuk soal siasat itu ke hari lain yang lebih baik.
Khalid berkata pegawai penyiasat kes ini mungkin tidak perasan tarikh itu (malam Tahun Baru Cina) dan mahu menyelesaikan siasatan dengan segera menyebabkan ditawarkan tarikh itu.
Yong tidak menolak kenyataan ingkar Guan Eng itu hanya kerenah politik.
“Ini memang ketara gaya politiknya. Tetapi, sekali lagi adakan Lim minta polis untuk tangguh tarikh sebelum keluarkan kenyataan,” katanya.
Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Teik Cheng berkata tidak perlu untuk Lim mempolitikkan isu itu kerana jika tarikh dan masa tidak sesuai, beliau boleh mohon untuk tarikhnya ditukar.
“Ini prosedur biasa. Saya rasa ia bukan isu besar pun,” katanya.
Lim pada mulanya disoal siasat pada 13 Januari lepas selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya, termasuk oleh seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan kakak remaja itu yang berusia 20 tahun.
Menurut laporan polis yang dilihat  remaja tingkatan 1 dari Ampang, Selangor itu membuat laporan polis kerana dia merasakan kenyataan Lim menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), yang digerakkan PAS di Dewan Rakyat.
Dalam kenyataan tersebut, Lim mahu parti bukan Melayu supaya keluar daripada Barisan Nasional memandangkan perikatan pemerintah itu menyokong cadangan pindaan itu, yang akan menyaksikan hukuman bagi kesalahan syariah ditingkatkan.
Pada masa ini, hukuman syariah hanya terhad kepada hukuman penjara 3 tahun, denda sehingga RM5,000 dan 6 sebatan.
Cadangan pindaan itu akan membolehkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top