pahangdaily pahangdaily Author
Title: SPRM Nafi, Graa-Gara Kecewa Kes SRC Jadi Punca Bahri Bersara Awal
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Z...
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Zain bersara awal kerana kekecewaan berhubung kes siasatan SRC International (SRC).
Dalam satu kenyataan rasmi petang ini, SPRM menyatakan Bahri memohon persaraan pilihan atas kehendaknya sendiri 6 bulan lalu.
“SPRM sudah menghubungi beliau dan Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.
“Permohonan yang dibuat itu selari dengan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurang 6 bulan sebelum tarikh persaraan,” katanya.
Bagaimanapun, awal hari ini, Bahri semasa dihubungi FMT mengakui punca utama beliau memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah.
Bahri memberi kenyataannya menerusi aplikasi Whatsapp.
Bahri berkata, beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.
Bahri memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui 2 syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top