Suami Paksa Isterinya Jadi Pelacur Dengan Bayaran Hanya "RM50" Sahaja


SUNGAI PETANI: Seorang suami dari sebuah taman perumahan di sini, tergamak memaksa isterinya menjadi pelacur dan melayan lelaki warga asing dengan hanya mengenakan bayaran serendah RM50.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata perlakuan lelaki berusia 34 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas anggota Rukun Tetangga kawasan itu melakukan serbuan di sebuah rumah di Bandar Amanjaya di sini, kira-kira 9.30 malam Khamis selepas didapati dalam keadaan mencurigakan. 

"Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan dibawa secara paksa oleh suaminya dari rumahnya ke sebuah rumah di Bandar Amanjaya sebelum dipaksa melayan seorang lelaki warga Bangladesh dengan bayaran RM50. 

"Menurut mangsa, suaminya hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang anak kecil mereka dan mangsa dikatakan terpaksa menurut arahan suaminya selepas diugut akan dipukul. 




"Mangsa kemudiannya menceritakan perkara yang berlaku kepada mereka dan suaminya telah ditahan oleh pejabat agama, manakala lelaki warga asing itu melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Md Zukir berkata siasatan awal mendapati, mangsa dan suaminya berkahwin sejak tiga tahun lalu dan mempunyai dua orang anak. 

"Mangsa dipaksa melacur sejak awal Disember tahun lalu, selepas suaminya berhenti kerja," katanya. 

Beliau berkata lelaki itu yang kini direman selama empat hari sehingga 10 Januari, selepas isteri mangsa membuat laporan polis. 

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 372(A)(1) Kanun Keseksaan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]