Tandas Khas Untuk Orang Islam? Pengendali LPT2 Memohon Maaf

PETALING JAYA: Sebuah tandas awam yang dikhaskan sebagai “Tandas Muslimin” mencetuskan pelbagai reaksi baru-baru ini, dan hari ini pengendali Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di mana tandas itu terletak memohon maaf atas “kekeliruan yang timbul”.
LPT2 Sdn Bhd turut mengesahkan gambar papan tanda “Tandas Muslimin” yang viral menerusi di media sosial, terletak di R&R Bukit Besi (Arah Selatan) bagi menggantikan papan tanda rosak.
Dalam kenyataan kepada FMT, syarikat itu berkata kontraktor yang dilantik menggantikan papan tanda itu tidak merujuk kepada pihaknya terlebih dahulu.
“LPT2 memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran pemasangan papan tanda gantian tersebut dan akan terus mengadakan pemantauan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa yang akan datang.”
Gambar papan tanda itu yang viral ini di media sosial mendapat kecaman daripada netizen yang menyifatkannya sebagai perkauman. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]