pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tian Chua: "Tanpa Pendakwaan", Tangkapan SPRM Tidak Bermakna
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Tiada sebarang pendakwaan di mahkamah disebalik tangkapan pelbagai individu yang d...

SHAH ALAM: Tiada sebarang pendakwaan di mahkamah disebalik tangkapan pelbagai individu yang didakwa terlibat dalam skandal rasuah dilihat mengecewakan.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, langkah agresif ditunjukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mutakhir ini dilihat baik namun mereka perlu meningkatkan kesungguhan mencari buktik kukuh supaya dalang tertinggi disebalik skandal itu diheret ke muka pengadilan.
“Kebanyakkan tangkapan dilakukan tidak berakhir dengan pendakwaan. Apa yang mereka tangkap ini tidak nampak di mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan mengenai tangkapan yang dilakukan SPRM kebelakangan ini.
Menurutnya, gejala rasuah yang dilihat semakin membimbangkan ini pastinya boleh merebak dengan lebih teruk jika tidak ditangani dengan hukuman tegas.
Menyentuh soal teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya penjawat awam tidak mengambil hak rakyat Tian berkata, kenyataan itu tidak mencerminkan tindakan Najib yang selama ini terpalit dengan kes 1MDB dan dana RM2.6 billion.
SPRM minggu lalu menahan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan dua anaknya berhubung dakwaan rasuah. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top