pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Dr Mahathir: Negara Ini Jadi ‘Pariah’ Di Bawah Pentadbiran Najib
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Pelbagai skandal mega yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja memalukan, malah turut menyebab...

SHAH ALAM: Pelbagai skandal mega yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja memalukan, malah turut menyebabkan Malaysia tidak lagi dihormati negara dunia lain.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keadaan itu menjadikan Malaysia seolah-olah sebuah negara ‘pariah’ apabila dipandang hina negara lain.
“Hari ini disedari bahawa negara yang dahulu dihormati kerana kejayaan pembangunannya, ketelusan pentadbirannya dan sikap keterbukaannya sudah tidak ada lagi.
“Hari ini negara di bawah pemimpin yang bergelumang dengan rasuah, jenayah pencurian duit rakyat, penipuan dan penindasan sudah menjadi negara ‘pariah’ iaitu negara yang dihina dunia serta dipimpin orang yang terhina,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Rasmi PPBM hadapan lebih 1,000 hadirin di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, Malaysia ketika ini dikenali sebagai negara yang mengamalkan rasuah disebabkan pemimpin tertingginya perasuah terbesar dalam negara.
Katanya, seluruh dunia mengetahui pemimpin itu mewujudkan 1MDB dan meminjam wang berbilion ringgit sebelum melesapkannya.
“Kita tahu Perdana Menteri tidak mungkin jadi ‘bilionaire’ kerana gajinya walaupun mencukupi tetapi tidak sebegitu besar,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, dakwaan Najib kononnya kekayaan diperolehi itu daripada warisan keluarga juga satu pembohongan yang nyata.
Katanya, hingga kini belum ada ‘bilionaire’ berbangsa Melayu terutama masyarakat Melayu generasi sebelum Najib. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top