pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Mahathir: 'BR1M Di Teruskan' Jika Pembangkang Menang PRU14
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikeka...
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikekalkan oleh kerajaan pembangkang sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bagaimanapun berkata, BR1M tidak boleh dimasukkan ke dalam manifesto mana-mana parti.
“Kita akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak diberi kepada pengundi pada apa juga peringkat untuk mendapat sokongan dalam pilihan raya
“Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto parti.
“Jika dipersetujui rakyat BR1M akan dijadikan bantuan ‘statutory’ yang ditentukan undang-undang dan bajet biasa. Perdana menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya atau cara penyampaiannya,” katanya semasa melancarkan parti itu secara rasmi di Stadium Malawati di sini, malam tadi.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan dengan itu salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata parti pembangkang campuran akan memberikan bantuan kepada mereka yang miskin dan daif agar mampu meneruskan hidup dengan sempurna.
“Soal mereka sokong atau tidak parti campuran pembangkang tidak akan diambil kira dalam bantuan yang akan diberi,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top