pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zahid Hamidi 'Cerita Pengalaman' Dia Pernah Di Benci Dalam UMNO
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Perak Tan...
BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, yang menurutnya memberinya “nyawa” dalam dunia politik.
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti “kiambang” dan ‘dibenci’ beberapa pemimpin Umno.
Namun Tajol, yang ketika itu pengerusi UMNO Perak, tetap memberi kepercayaan serta sokongan dengan memberinya peluang bertanding dalam pemilihan UMNO pada 2000.
“Ketika saya ‘terpijak kulit pisang’ pada tahun 1998 hingga masuk ISA, yang kembali memberikan ‘nyawa’ kepada saya dalam dunia politik nasional adalah Tajol Rosli.
“Beliau membenarkan saya bertanding sehingga mendapat undian ke-4 tertinggi dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dan seterusnya kedua tertinggi pada pemilihan seterusnya,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Veteran Umno Bagan Datuk yang turut dihadiri Tajol.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan ahli Parlimen Bagan Datuk turut merakamkan penghargaan kepada Ketua UMNO Batu Gajah, Datuk Mohd Yusof Kassim kerana membantu memastikan beliau mendapat sokongan perwakilan lain semasa pemilihan tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati golongan muda supaya sentiasa ikhlas dalam perjuangan parti.
“Kepada yang masih-masih muda ini, saya nak nasihatkan dalam politik tidak ada istilah merajuk, kita perlu sentiasa positif dengan ujian daripada Allah.
“Saya 11 tahun menunggu bermula daripada Timbalan Menteri Pelancongan pada 2004 kepada Timbalan Perdana Menteri tahun 2015, saya tidak pernah merungut pun kerana yang penting kita perlu istiqamah dan sentiasa ikhlas dalam perjuangan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top