pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zuhdi: PAS Sedia Maafkan Tun M Jika "Jauhkan Diri" Daripada DAP
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  PAS sanggup memaafkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mo...

PETALING JAYA: PAS sanggup memaafkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad jika beliau bertaubat dan memisahkan dirinya daripada DAP, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Zuhdi berkata kepimpinan PAS bersedia untuk memaafkan sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir walaupun beliau telah menganiaya parti Islam itu semasa menjadi Perdana Menteri.

"Pengisytiharan darurat di Kelantan, Tragedi Memali, menentang Kanun Jenayah Syariah dan antara lain, pembatalan subsidi minyak. Ini antara perkara yang dilakukan oleh Dr Mahathir yang memberi tekanan kepada kami," katanya.

Zuhdi berkata hubungan baik PPBM dengan DAP telah 'mensabotaj' hubungan antara PPBM dan PAS.

"Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini menggesa semua rakyat untuk menyelamatkan Malaysia mengikut cara PAS, dengan kembali kepada cara Islam," kata beliau sambil menambah tingkah laku DAP dan parti lain yang mempunyai pemikiran sama dengannya adalah penghalang kepada usaha untuk menyelamatkan negara ini.

Beliau berkata Dr Mahathir telah terbawa-bawa dengan cara anti-Islam DAP manakala Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berusaha ke arah mengekalkan hubungan dengan PAS.

"Usaha untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah di negara ini tidak akan berjaya jika DAP terlibat," katanya.

Minggu lalu, Dr Mahathir berkata PPBM tidak perlu bekerjasama dengan PAS untuk pilihan raya.

Bagaimanapun, pada Rabu beliau berkata parti itu terbuka menerima parti Islam itu untuk menyertai blok pembangkang. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top