pahangdaily pahangdaily Author
Title: Andansura: Tragedi "Tapak Bekas" Lombong Bauksit, Ambil Tindakan Segera
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Lajnah  Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pahang (LATAS) ingin merakamkan takziah kepada...

KUANTAN: Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pahang (LATAS) ingin merakamkan takziah kepada keluarga mangsa lemas yang terjatuh ke dalam kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya Kuantan baru-baru ini. 

Pengerusinya, YB Andansura Rabu yang dihubungi berkata, beliau sedih dan kecewa dengan tragedi itu yang melibatkan tiga nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa. 

Rakyat terpaksa membayar dengan harga yang sangat tinggi dari industri perlombongan Bauksit ini. Ini bukan tragedi yang pertama,” ujar beliau yang merujuk kepada tragedi yang sama di Bukit Goh pada tahun yang lalu termasuk kematian seorang Guru Allahyarhamah Norhaili Ahmad Zabidi pada bulan Disember 2015 apabila sebiji tayar lori yang sedang membawa muatan bauksit tercabut dan terpelanting menghempap bumbung keretanya. 

LATAS PAS Pahang juga ingin melahirkan kekecewaan kerana tiada tindakan konkrit dari pihak yang berwajib untuk memastikan peristiwa yang sama tidak berulang lagi walaupun pelbagai desakan telah diambil untuk mendesak pihak yang terlibat di dalam perlombongan Bauksit agar mengamalkan perlombongan yang beretika namun tidak diendahkan sehingga meragut nyawa Rakyat yang tidak berdosa.

Satu laporan Polis akan dibuat segera dan PAS akan mengambil tindakan yang bersesuaian termasuk tindakan undang-undang selepas berbincang dengan waris mangsa. Mudah-mudahan tragedi seperti ini tidak berulang lagi. 

Pengerusi LATAS PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor ketika dihubungi melahirkan rasa sedih di atas tragedi yang berlaku.

“Tragedi yang boleh dielakkan jika pihak yang berwajib mengambil tindakan segera ke atas laporan Ketua Audit Negara semenjak tahun yang lalu untuk menutup ke semua lombong Bauksit yang terbiar,” ujar beliau dengan nada kecewa.

PAS ingin mendesak agar satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan untuk menyiasat tragedi ini termasuk mengambil tindakan yang perlu ke atas semua pihak yang gagal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab termasuklah terhadap Menteri sekalipun jika perlu dalam memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaaan sihat dan selamat. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top